KUCHING, 31 Ogos: Hadir sebagai pasukan ‘underdog’ pada Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2025, pasukan bawah umur 14 tahun, Al Matteen kini digeruni pasukan lawan.
Pasukan yang berada dalam kelompok 10 tempat teratas pada kejohanan tahun lalu, membenam saingan mereka pasukan Basic Soccer Development dengan jaringan 4-0 di Stadium Sarawak, hari ini.
Dua jaringan gol di separuh masa pertama perlawanan menjadi pemangkin semangat untuk pasukan ini meneruskan serangan tanpa henti di separuh masa kedua perlawanan sehinggalah berjaya menjaringkan dua lagi gol kemenangan yang disahkan oleh tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan.
Terkini, daripada tujuh perlawanan yang diharungi, pasukan bola sepak bawah 14 tahun Al Matteen telah memenangi enam perlawanan selain seri dalam satu perlawanan terdahulu.
Berbaki empat daripada 11 perlawanan lagi, Al Matteen sekali lagi menunjukkan peningkatan dalam corak permainan, kawalan bola juga komunikasi berpasukan di dalam padang.
Pasukan bola sepak bawah umur 14 tahun ini berazam untuk mengungguli takhta kejuaraan PETRONAS Sarawak Kategori Bawah Umur (PSK) 14 Tahun dan merampas piala kejohanan daripada juara tahun lalu, Kelab Bola Sepak KDH Kuching.-TVS
https://www.tvsarawak.my/2025/08/31/pyfct-2025-al-matteen-benam-basic-soccer/?fbclid=IwVERTSAMqRX1leHRuA2FlbQIxMAABHotyKJRKx5T-oaR4Y-1nGp8aWd9kM0Eyk14nqG_8E0DVveVv2tllDL5d56kS_aem_24UBAbp_8h38AiYJM0oNXQ&sfnsn=wa



