September 7, 2025 | 19:21
PETRONAS YOUTH FOOTBALL CLOSED TOURNAMENT 2025
By:TVS
Sri Matang, Al Matteen bersaing hebat rebut jejuaraan PYFCT U14

KUCHING, 7 Sept: Saingan merebut kejuaraan Liga Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2025 kategori Bawah 14 Tahun (PSK 14) semakin sengit selepas aksi seri tanpa jaringan antara SMK Sri Matang dan Al Matteen pada Ahad.

Keputusan itu menyaksikan Sri Matang terus kekal di puncak liga dengan 23 mata, diikuti rapat Al Matteen (22 mata) manakala Cascara Junior di tangga ketiga dengan 20 mata.

Jurulatih Sri Matang, Mohammad Faizal Meraji menyifatkan perlawanan berlangsung seimbang dengan disiplin taktikal baik.

“Untuk perlawanan seterusnya kami akan ikut perancangan asal dan cuba mendapatkan tiga mata untuk muncul juara kali ini,” katanya kepada TVS.

Sementara itu, pengurus Al Matteen, Mohammad Azhar Mazlan mengakui pemainnya kurang keyakinan dalam menyudahkan peluang walaupun berjaya menguasai permainan.

“Alhamdulillah seri, beza mata masih dekat. Kami akan fokus pada aksi seterusnya untuk raih tiga mata penuh,” ujarnya.

Dalam aksi terakhir liga pada 13 September, Sri Matang bakal menentang PFA Odin, Al Matteen berdepan Tambirat Academy, manakala Cascara Junior dijangka berdepan cabaran sengit daripada Pusat Cemerlang SSC.-TVS

https://www.tvsarawak.my/2025/09/07/sri-matang-al-matteen-bersaing-hebat-rebut-jejuaraan-pyfct-u14/?fbclid=IwdGRzaAMqRRljbGNrAypE9mV4dG4DYWVtAjExAAEeJ96mpAs-ciD7Q5XJ8Pf25uvu72PLi7TvZJ5XKOUKEWew5famWvo6nc6MfRc_aem_AgFLxuQLfMw5oCanZx3zpA&sfnsn=wa